tamat sudah praktikum..

4:08 AM at 4:08 AM



Diam-x diam 3 bulan praktikum di sekolah tamat sudah..banyak lah kenangan manis dan pahit ditempuhi di SKTBT...murid2 kadang2 memeningkan, kadang2 menggembirakan..huhu ..yg penting aku rase praktikum lagi besh dari gi kelas ..x tahulah napa..Bersyukurlah aku dapat menghabiskan praktikum ini...kenangan-kenangan manis aku rase bila bersama budak2 ..dan kenangan pahit aku kehilangan sesuatu yg amat berharga...iaitu MBJ ku ...banyak kenangan-kenangan bersama MBJ ..dia pergi meninggalkan ku..cdey2..redha jelah mungkin adelah hikmah kehilangan nye...


sekolah kembali

2:47 AM at 2:47 AM

Hari demi hari di sekolah suasana berbeza..mula-mula nak hadapi kelas risau jerk..apa aku nak buat hari ini..namun setelah hampir 4 minggu di sekolah suasana itu berubah dengan rasa tenang n sentiasa mencari idea baru bagi menceria dan membuat P&p rase menarik. Penguasaan control kelas makin lama makin bertambah baik. Alhamdulilah ...objektif praktikal semakain tercapai . Ramai fikir mengajar budak2 sekolah rendah mudah , namun aku rasakan mudah sekiranya kita dah buat perancangan dan tahu iklim kelas tersebut . aku jer yg x buat rancang betul2...Mcam2 kerenah budak2 yang kaki bodek, yang degil, yang pempuan segan2 silu, yng pra pulak asyik nak teka teki ajer..huhu..kenalah cari teka taki untuk layan budak2 nie. tp yg penting budak2 seronok gi sekolah n kita pun rase lapang jer bila bertemu dgn murid2 ni..semoga hari2 mendtg dipermudahkan..amin

Jadual harian ku di sekolah..hik2

5:08 AM at 5:08 AM


huhu..sekolah kembali nampaknye...inilah jadual harian ku kat sekolah..zaman praktikum memang sedkit kalau dah jadi cikgu tul2 melampau2 lebihnye..walau pun sedikit tapi berpeluhlah jugak nak buat RPH setiap hari untuk 1 masa..hope aku dapat mengajar n mudah melayan kerenah budak2 sekolah nie...

suci sekeping hati

7:19 AM at 7:19 AM

Bila di lihat di sekolah dari darjah 1 ke darjah 6 gelagat kanak-kanak memanag berbeza...tapi aku tetap rasakan hati dan fikiran mereka masih suci dari perkara-perkara yang tidak sepatunya..Darjah 1 baru mula kenal alam persekolahan , apa yg diakatan guru di ikut dengan baik . Tapi lama kelmaan usia semakin meningkat sehingga darjah enam sikap mula berubah , ada yg mula pandai melawa, pandai berabut pacak, mula mebuli, mula malas, dan ada sesetengh yang semakin hilang akan rase hormat pada org tua. Sikap ini akan lebih mencapai kemuncaknya bila di sekolah menengah...Bak kata pepaptah nak melentur biar dari rebungnya...Tapi aku rasa kan walaupun kita melentur dari kecil tapi tidak cukup kuat ianya akan tetap tegak jugak.. itulah yang ingin aku sampaikan..dari usia kecilah didikan agama dan motivasi perlu mantap...supaya mereka nampak kesan dan akibatnye jika melakukan pekara2 terlarang...Dimakah punca gejala sosial yang berlaku? tidak risaukah kita zaman kita nanti bagimana anak-anak kita, mampukah kita mendidik mereka dan mengawasi mereka? dengan kecangihan teknologi yang disalah gunakan telah menghancurkan tamadun dan budaya timur dan perlakuan Islam itu sendiri semakin lama hilang dari dalam diri kita. handphone , internet, VCD/DVD cetak rompak, movie2 melayu yang memberikan mereka contoh tidak baik, mementingkan duit dari segalanya, ini merupakan bahan bantu mengajar mereka dalam merosakan minda dan pemikiran lalu diajadikan ikutan ...ayah, ibu pula tidak mengikuti perkembangan dan mudah utnuk di tipu oleh kanan-kanak dan mempercayai anak mereka 100%...tidak hairanlah hari ini di muka hadapan dan dalam akbar sekalipun tidak putus2 berbicara masalah sosial remaja...sampai bila..sehingga kesmua helaian akbar hendak berbicara masalah ini...Syarikat Akhbar pula yang kaya dengan larisnya penjualan akhbar ...yelah sudah tentu muka hadapan akbar yang mengiurkan menjadi tumpuan org ramai...sebagai abang, ayah,ibu, akak, adik , nenek, atuk didiklah generasi kita hari ini dengan sentiasa memberikan nasihat yang mesra kepada mereka..mereka perlu dipelbagaikna cara memberi nasihat..mereka tadak sama seperti kita dahulu yang takut akan di marah org tua...sama2 kita memberikan nasihat berguna kepada generasi keluarga masa hadapan yang lebih laju untuk menerima bahan2 yg terlarang seiring dengan kelajuan internet yang semakin pantas ..munasabah diri dan fikirkan lah seketika isu ini sama2 ...

RPH...rph..RpH

10:15 AM at 10:15 AM


RPH ..bukan sigkatan bagi rupiah tapi adalah rancangan pengajaran harian..pasni tugas ku berbeza dari sebelum2 ini.. dari membuat coding, maintenance web, buat web, kerja pentadbiran kepada merancang apa yg perlu aku lakukan dalam proses P&P setiap hari..RPH lah teman aku pasnie.. setiap hari aku kena buat at least 2 RPH..stand for rancangn pengajaran harian untuk hari berikutnya...aku belaja banyak word2 yg x penah aku belaja cam set induksi, refleksi, gabungjalin, kemahiran bernilai tambah dan banyak lah lagi...dari 0 aku kena belaja lo...yg penting kena pastikan objektif P&P tercapai dan murid2 faham dan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian nilai2 dan isi yg di ajar. Aku sentiasa nak mengingatkan pada diri sendiri yg mana bila kita jadi seorang pendidik ..:

  • didik lah bersungguh sunguh...
  • Dekati dan buat baik dengan murid2 ..
  • anggaplah murid2 seperti adik2 kita...
  • bg semangat dan motivasi yg membina kpda mereka...
  • sentiasa membantu tidak kira apa jenis bantuan....
  • kreatif dalam P&P masa kini
  • Sentiasa cari ilmu untuk memantapkan diri...
Semoga semuanya diberkati ...

Belajarlah erti bersyukur

3:01 AM at 3:01 AM

...Setiap apa yang dianugerahkan pada kita terimalah seadanya. cubalah kita sedar atas kurniaan itu, jgnlh kita lupa apa yg dikurniakan itulah yg terbaik buat diri kita. Jgn dibanding-bandingkan dengan kelebihan yg org lain ada. Mungkin satu hari nanti jika kita seorang yg sabar dan bersyukur ada yg lebih baik dari itu kita akan perolehi.. munasabah diri dan ingatlah semua telah ditentukan...contohnya dalam pemelihan jodoh... hargailah seseorang itu dengan sebaiknya..itulah yg terbaik utk kita...kita yg kena mencorakn kebaikan bukanya sentiasa membezakan dengan org yg lebih baik...tiada usaha yang mudah utk kita mendapat sesuatu yang terbaik...fikirlah masih ada masa lagi untuk kita membuat kebaikan dan keindahan pada kehidupan ini....

MENYAMBUNG BELAJAR UNTUK KE ? X

5:28 AM at 5:28 AM

fuh..macam x percaya aku sambung belaja balik upanya...itulah rezeki namanye..mana x nye mohon tahun lepas untuk kemasukan jun tahun lepas..nama ku x tersenarai ..tup2 ambilan jan tahun ni dia amek balik budak2 yg mohon tahun lepas..yang penting bersyukurlah apa yang dah diterima n bakal kita terima..

hari menyemak untuk layak or x layak masuk tu aku cam nak x nak jek bukak sebab aku dah baudget nama dah x der..aku masukan ic n aku tunggu dgn berdebar2..rasa lambat jek macam data tu memang ada dalam database dia nak paparkan ambil masa..mentang2 lah budak it kan tahulah sikit2..apabila paparan tahniah tu kuar huhu gembira x terasa jawapnye..yg aku fikir masa tu bersyukur n ini adalah satu ujian Allah nak bagi kat aku....1 minggu jek dia bagi masa nak setlekan semua sebab minggu depan dah kena register kat IPG...dulu budak sekolah..sekrang budak2 sekolah

IPG tu dekat pulak dengan tempat aku kerja..so x menjadi masalah lah untuk aku pergi register. Aku di tempatkan di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim Johor bahru..semua Maktab dah jadi Institut Perguruan...macam naik taraf la...ini lah gamba budak2 kelas aku yg seramai 19 org selepas kemasukan second intake baru nie...life belaja memang berbeza dengan Uni..kenalah biasekan..1 tahun di maktab n pasni x tahulah aku dimna dipostingkan

...kehidupan baru..dunia masih sama..huk2

Angka 6

3:37 AM at 3:37 AM

Assalamualaikum , selamat malam dan salam 1 Malaysia.
Angka 6 merupakan angka 6 bulan yang mana aku berkhidmat di OOSS dan juga Upen Johor. Aku pun tidak menyangka..6 bulan bekerja di One Open Source System aku berpindah ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dan selpeas 6 bulan selepas itu aku berpindah pula ke alam belajar kembali. Bukan memilih kerjaya tetapi memikirkan masa depan.
Saat 6 bulan bukan nye masa yang agak singkat namun ianya memberikan aku pelbagai kenangan yg manis dan kenangan bekerja dengan golongan2 cerdik2 pandai pentadbir2 Awam Negeri Johor yang sangat berkaliber...Walaupun sumbangan ku di Upen Johor tidaklah sebanyak mana namun rasa bersyukur pernah bekerja di Upen Johor amat terasa. Memang ikhlas kerja di Upen Johor seronok dan besh . Walaupun aku hanya as pen pegawai tapi dalam Upen j staff x delah sombong2 n terbuka. Hope Upen J n kerajaan Johor cemerlang dalam mentadbir negeri Johor dan berjaya menjadikan negeri Johor negeri yang termaju di rantau ini..pesanan saya untuk rakan2 semua bekerjalah dengan jiwa yang tenang dan ceria.. maafkan keilapan n kekurangan yg ade dan halalkan makan dan minum... marilah kita mendoakan kesejahteraan diri n kemudahan dalam mencari rezeki kawan2 kita semua... amin..