sekolah kembali

2:47 AM at 2:47 AM

Hari demi hari di sekolah suasana berbeza..mula-mula nak hadapi kelas risau jerk..apa aku nak buat hari ini..namun setelah hampir 4 minggu di sekolah suasana itu berubah dengan rasa tenang n sentiasa mencari idea baru bagi menceria dan membuat P&p rase menarik. Penguasaan control kelas makin lama makin bertambah baik. Alhamdulilah ...objektif praktikal semakain tercapai . Ramai fikir mengajar budak2 sekolah rendah mudah , namun aku rasakan mudah sekiranya kita dah buat perancangan dan tahu iklim kelas tersebut . aku jer yg x buat rancang betul2...Mcam2 kerenah budak2 yang kaki bodek, yang degil, yang pempuan segan2 silu, yng pra pulak asyik nak teka teki ajer..huhu..kenalah cari teka taki untuk layan budak2 nie. tp yg penting budak2 seronok gi sekolah n kita pun rase lapang jer bila bertemu dgn murid2 ni..semoga hari2 mendtg dipermudahkan..amin

Jadual harian ku di sekolah..hik2

5:08 AM at 5:08 AM


huhu..sekolah kembali nampaknye...inilah jadual harian ku kat sekolah..zaman praktikum memang sedkit kalau dah jadi cikgu tul2 melampau2 lebihnye..walau pun sedikit tapi berpeluhlah jugak nak buat RPH setiap hari untuk 1 masa..hope aku dapat mengajar n mudah melayan kerenah budak2 sekolah nie...

suci sekeping hati

7:19 AM at 7:19 AM

Bila di lihat di sekolah dari darjah 1 ke darjah 6 gelagat kanak-kanak memanag berbeza...tapi aku tetap rasakan hati dan fikiran mereka masih suci dari perkara-perkara yang tidak sepatunya..Darjah 1 baru mula kenal alam persekolahan , apa yg diakatan guru di ikut dengan baik . Tapi lama kelmaan usia semakin meningkat sehingga darjah enam sikap mula berubah , ada yg mula pandai melawa, pandai berabut pacak, mula mebuli, mula malas, dan ada sesetengh yang semakin hilang akan rase hormat pada org tua. Sikap ini akan lebih mencapai kemuncaknya bila di sekolah menengah...Bak kata pepaptah nak melentur biar dari rebungnya...Tapi aku rasa kan walaupun kita melentur dari kecil tapi tidak cukup kuat ianya akan tetap tegak jugak.. itulah yang ingin aku sampaikan..dari usia kecilah didikan agama dan motivasi perlu mantap...supaya mereka nampak kesan dan akibatnye jika melakukan pekara2 terlarang...Dimakah punca gejala sosial yang berlaku? tidak risaukah kita zaman kita nanti bagimana anak-anak kita, mampukah kita mendidik mereka dan mengawasi mereka? dengan kecangihan teknologi yang disalah gunakan telah menghancurkan tamadun dan budaya timur dan perlakuan Islam itu sendiri semakin lama hilang dari dalam diri kita. handphone , internet, VCD/DVD cetak rompak, movie2 melayu yang memberikan mereka contoh tidak baik, mementingkan duit dari segalanya, ini merupakan bahan bantu mengajar mereka dalam merosakan minda dan pemikiran lalu diajadikan ikutan ...ayah, ibu pula tidak mengikuti perkembangan dan mudah utnuk di tipu oleh kanan-kanak dan mempercayai anak mereka 100%...tidak hairanlah hari ini di muka hadapan dan dalam akbar sekalipun tidak putus2 berbicara masalah sosial remaja...sampai bila..sehingga kesmua helaian akbar hendak berbicara masalah ini...Syarikat Akhbar pula yang kaya dengan larisnya penjualan akhbar ...yelah sudah tentu muka hadapan akbar yang mengiurkan menjadi tumpuan org ramai...sebagai abang, ayah,ibu, akak, adik , nenek, atuk didiklah generasi kita hari ini dengan sentiasa memberikan nasihat yang mesra kepada mereka..mereka perlu dipelbagaikna cara memberi nasihat..mereka tadak sama seperti kita dahulu yang takut akan di marah org tua...sama2 kita memberikan nasihat berguna kepada generasi keluarga masa hadapan yang lebih laju untuk menerima bahan2 yg terlarang seiring dengan kelajuan internet yang semakin pantas ..munasabah diri dan fikirkan lah seketika isu ini sama2 ...