MENYAMBUNG BELAJAR UNTUK KE ? X

5:28 AM at 5:28 AM

fuh..macam x percaya aku sambung belaja balik upanya...itulah rezeki namanye..mana x nye mohon tahun lepas untuk kemasukan jun tahun lepas..nama ku x tersenarai ..tup2 ambilan jan tahun ni dia amek balik budak2 yg mohon tahun lepas..yang penting bersyukurlah apa yang dah diterima n bakal kita terima..

hari menyemak untuk layak or x layak masuk tu aku cam nak x nak jek bukak sebab aku dah baudget nama dah x der..aku masukan ic n aku tunggu dgn berdebar2..rasa lambat jek macam data tu memang ada dalam database dia nak paparkan ambil masa..mentang2 lah budak it kan tahulah sikit2..apabila paparan tahniah tu kuar huhu gembira x terasa jawapnye..yg aku fikir masa tu bersyukur n ini adalah satu ujian Allah nak bagi kat aku....1 minggu jek dia bagi masa nak setlekan semua sebab minggu depan dah kena register kat IPG...dulu budak sekolah..sekrang budak2 sekolah

IPG tu dekat pulak dengan tempat aku kerja..so x menjadi masalah lah untuk aku pergi register. Aku di tempatkan di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim Johor bahru..semua Maktab dah jadi Institut Perguruan...macam naik taraf la...ini lah gamba budak2 kelas aku yg seramai 19 org selepas kemasukan second intake baru nie...life belaja memang berbeza dengan Uni..kenalah biasekan..1 tahun di maktab n pasni x tahulah aku dimna dipostingkan

...kehidupan baru..dunia masih sama..huk2

Angka 6

3:37 AM at 3:37 AM

Assalamualaikum , selamat malam dan salam 1 Malaysia.
Angka 6 merupakan angka 6 bulan yang mana aku berkhidmat di OOSS dan juga Upen Johor. Aku pun tidak menyangka..6 bulan bekerja di One Open Source System aku berpindah ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dan selpeas 6 bulan selepas itu aku berpindah pula ke alam belajar kembali. Bukan memilih kerjaya tetapi memikirkan masa depan.
Saat 6 bulan bukan nye masa yang agak singkat namun ianya memberikan aku pelbagai kenangan yg manis dan kenangan bekerja dengan golongan2 cerdik2 pandai pentadbir2 Awam Negeri Johor yang sangat berkaliber...Walaupun sumbangan ku di Upen Johor tidaklah sebanyak mana namun rasa bersyukur pernah bekerja di Upen Johor amat terasa. Memang ikhlas kerja di Upen Johor seronok dan besh . Walaupun aku hanya as pen pegawai tapi dalam Upen j staff x delah sombong2 n terbuka. Hope Upen J n kerajaan Johor cemerlang dalam mentadbir negeri Johor dan berjaya menjadikan negeri Johor negeri yang termaju di rantau ini..pesanan saya untuk rakan2 semua bekerjalah dengan jiwa yang tenang dan ceria.. maafkan keilapan n kekurangan yg ade dan halalkan makan dan minum... marilah kita mendoakan kesejahteraan diri n kemudahan dalam mencari rezeki kawan2 kita semua... amin..