Assalamualaikum dan salam sejahtera..kali ni cuma nak becerita tentang dimanakah letaknya punca jenayah2 dan gejala rambang remaja sekrang. Memang kalau nak dikatakan kita tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan. Tapi sementara hari ini , masih ada masa lupakan silap semalam dan mulakan kihidupan manusia yang ada nilai kehidupan sebenar. Kita lihat sekarang kes2 yang melibatkan remaja bangsa kita semakin hari semakin menyedihkan. contoh tidak perlu kita katakan disini, saban hari media menceritakan apa yg berlaku dan mengenai kejahilan yang terus berlaku ini. Kita lihat sahaja media seperti TV hari ini seperti menjadi teladan kepada anak2 bangsa kita yang lemah modal insannya. 

Cerita-cerita yang ditayangkan seperti kita berada di negara yang bukan islam. Pakaian yng digunakan oleh artis wanita bagsa kita sendiri seperti mereka tidak fikir kepada suami mereka, apatah lagi pada tuhan. Mereka menjadikan aksi-aksi ranjang sebagai penarik cerita.Apakah perasaan suami atau isteri mereka , apa bila pasangan mereka berpasangan dengan org lain dengan aksi yang tidak sepatutnya. Mungkin ada masej yang baik ingin disampaikan, tetapi tidak perlulah contoh yang menjadikan ianya sebagai contoh tidak baik yang akan diamalkan oleh remaja bangsa kita.
Bangunlah wahai pemimpin-pemimpin untuk membendung media kita dari menyiarkan cerita-cerita yang merosakan bangsa kita sendiri. Kepada penggiat2 seni janganlah pikirkan keuntungan yang sementara ini, pikirlah apa kesan kepada bagsa mu . Apa yang tidak baik janganlah kita tunjukan. Janganlah kita terlampau menggunakan cerita-cerita barat sebagai contoh, tidak mustahil satu hari nanti negara kita tidak ada bezanya dengan negara barat. Fikirlah kesan apa yang dilakukan kepada bangsa mu . "Mereka" hanya gembira melihat bagsa kita hancur dan pergolakan sesama sendiri.

1 comments:
Salam saudara amri...
Sebenarnya gejala2 ni dah jadi duri dalam daging dan sumsum dalam tulang.
Kita perlu bekerjasama mengeratkan perpaduan dan jalinan kerjasama dengan semua jabatan untuk menyelesaikan hal2 ni.
Pendekatan 'perangi, serang, pemulauan, penjara, sebat, tindakan dan hukuman' sudah tidak sesuai dan tidak releven digunakan lagi.
Pendekatan yang sesuai adalah dengan cara merapatkan hubungan sesama insan yang terjebak dengan masalah ni, barulah kita dapat menyelami perasaan mereka dan membawa mereka ke tempat yang lebih baik dan menyelesaikan masalah2 gejala sosial ni.
Media kadang2 silap, menunjukkan aktiviti tidak sihat mungkin akan membawa kepada terheretnya lebih banyak masyarakat kepada perkara yang tidak baik.
Post a Comment